top of page

Pernyataan Akhbar Bersama Daripada Organisasi-organisasi Warga Emas Bukan Kerajaan dan Persatuan-persatuan Perubatan yang Berkenaan Mengenai Kesusahan Warga Emas pada masa Pandemik CoVID-19

Warga Emas Malaysia- Negara Kami Perlukan Bantuan Anda Untuk Menentang CoVID-19

​

Ramai yang merasa cemas pada masa sekarang, terutamanya warga emas kami dan keluarga mereka. Untuk ramai warga emas Malaysia, keadaan terkini meyebabkan mereka mengimbas kembali ke waktu darurat May 13 1969 atau peperangan dunia kedua dan pendudukan komunis. Kami sedang berperang! Peperangan ini adalah dengan virus. Virus ini pula kurang kesannya kepada yang muda, tetapi untuk warga emas, terutama yang berumur 80 tahun ke atas serta mereka yang menghidapi penyakit jantung, kencing manis, paru-paru, darah tinggi dan kanser, ada kemungkinan mereka akan menimpa maut.

​

Pada hari Isnin ini, Perdana Menteri kami mengumumkan perintah kawalan penggerakkan, yang berkuatkuasa pada hari Rabu ini. Matlamat perintah kawalan ini adalah untuk memastikan bahawa kami mengamalkan penjarakan diri atau 'social distancing'. Ini bermakna kami seharusnya menjarakkan diri daripada manusia lain supaya kami tidak menjangkiti masing-masing. Severe Adult Respiratory Syndrome Coronavirus Kedua atau SARS-CoV-2 adalah kuman yang telah melompat jenis binatang yang muncul daripada pasar makanan laut di Wuhan, Negeri Cina. Oleh itu, virus ini tidak pernah diperkenali manusia. Ini bermakna kami tidak tidak ada pertahanan diri, tidak ada suntikan dan tidak ada rawatan untuk virus ini. Cara yang paling selamat untuk mengatasi virus ini adalah dengan mengelakkan dijangkitinya. Ini adalah sebabnya kami perlu menjarakkan diri daripada orang lain.

​

Untuk mengamalkan penjarakan diri, kami perlu memastikan bahawa badan kami berjarak sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain, tetapi adalah lagi baik kalau jaraknya dua meter. Kamu juga perlu memastikan kebersihan diri. Selalu membasuh tangan, dan basuhkanlah tangan dengan baik-baik untuk sekurang-kurangnya 20 saat. Jikalau tiada sabun atau air, boleh gunakan hand sanitizer. Kami juka kena menutup mulut dengan tisu jika membatuk. Kemudian buangkan tisu itu dan basuhkan tangan. Amalan yang baik ini seharusnya diteruskan apabila kawalan penggerakkan sudah selesai.

​

Perintah kawalan penggerakkan dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan penggerakkan orang rami. Kami faham bahawa memangnya susah jika tidah boleh keluar rumah langsung untuk dua minggu, tetapi kami memang perlu mengikut nasihat ini. Duduk di rumah sahaja! Kamu sepatutnya duduk di rumah kerana kami memang menyayangi negara kami dan menyayangi rakyat Malaysia. Sebabnya anda duduk di rumah sepatutnya bukan kerana takut ditangkap polis dan didenda atau dipenjara, walaupun ini akan berlaku jika anda melanggar perintah ini. Kami tidak mampu untuk terlalu ramai rakyat kami dijangki virus dan terus berpenyakit CoVID-19. Ini adalah kerana, perkhidmatan hospital tidak berdaya menjaga terlalu ramai orang sakit. Lagi, walaupun orang muda biasanya akan mengalami penyakit yang ringan dan terus sembuh, ramai warga emas yang akan mengalami maut jikalau dijakiti virus SARS-CoV-2.

​

Kami tahu anda memang tidak dapat mengelakkan perjalanan ke pasar untuk membeli makanan atau ke klinik untuk mengambil ubat. Perkhidmatan-perkhidmatan ini akan masih beroperasi. Jika anda keluar membeli makanan, jangan beli terlalu banyak. Belikan apa yang mencukup untuk beberapa hari sahaja. Jika anda membeli terlalu banyak, makanan yang sedia ada di kedai akan tidak mencukupi untuk orang lain. Tolong jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab pada masa yang sukar ini. Jika anda keluar, jangan masuk ke pasar atau pasar raya jika terlalu ramai orang, sampai terdesak. Kamu mesti lagi mengamalkan penjarakkan diri. Ada pasaraya yang akan membuka lebih awal, khususnya untuk warga emas dan orang kurang upaya. Sila mengunjungi kedai-kedai yang berdekatan rumahmu untuk mendapatkan matlumat mengenai masa kebukaannya.

​

Ada ramai digolongan warga emas yang merasa bimbang tentang temujanji di hospital dan ubat-ubatnya. Pada masa kini, kerana ada perintah kawalan penggerakkan, anda seharusnya melanjutkan waktu temujanji ke masa hadapan, kecuali jika anda mesti juga menjumpa doktor dengan segera. Anda seharusnya mengunjungi farmasi hospital yang akan membekalkan ubat-ubat anda dengan mencukupi sehingga tarikh temujanji yang baru. Kaunter klinik juga akan terbuka untuk kes-kes kecemasan. Jika anda perlu mengunjungi kaunter klinik untuk menguruskan waktu temujanji dan preskripsi ubat, pastikan anda pulang dengan segera selepas urusan anda sudah selesai. Untuk klinik-klinik Kementerian Kesihatan, anda juga boleh mendapatkan bekalan ubat melalui pos dengan menelefon klinik anda. Kedai-kedai farmasi yang berdekatan dengan rumah anda juga masih terbuka. Oleh itu, jangan menyimpan bekalan ubatan dengan berlebihan. Perangai ini akan menyebabkan bekalan ubat yang tidak mencukupi untuk orang lain.

​

Adakah anda juga merasa bimbang kerana tidak berupaya untuk keluar membeli makanan? Jangan bimbang. Ada ramai orang yang ingin menolong. Jangan merasa malu untuk meminta pertolongan. Beritahulah kawan-kawan anda bahawa anda perlukan pertolongan. Mereka mungkin boleh menolong anda dengan diri sendiri, atau mereka akan berkenalan dengan orang lain yang sedang mengagihkan pertolongan untuk warga emas. Ada banyak sekali pesanan yang disebarkan melalui media sosial seperti WhatsApp. Pastinya ada kawan anda yang menimbuli pesanan yang berguna untuk tujuan anda.

​

Ramai warga emas mungkin merasa bosan kerana tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawannya. Mungkin mereka merasa amat susah hati kerana tidak dapat keluar bersenam pada waktu pagi atau pergi ke kedai untuk meminum kopi dengan kawan rapat. Jangan curi-curi keluar pula. Ini bukan tujuannya. Musuh kami adalah kuman virus CoViD-19. Kami sedang berperang dalam belah yang sama, dan kami hanya boleh menang jika kami berkerjasama. Ciptailah cara-cara yang baru untuk berbual-bual dengan kawan dan keluarga. Gunakanlah telefon. Mungkin kamu boleh menelefon saudara yang jarang dihubungi. Mungkin kamu boleh mencabut rumput liar dan mengemaskan kebun supaya paling cantik. Dulu mungkin tiada masa untuk tugas-tugas seperti ini jika selalu ada urusan. Gunakanlah media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Skype, Hangouts untuk terus menghubungi kawan dan keluarga. Anda juga boleh berkumpulan melalui cara ini. Memang mudah menggunakan semua teknologi baru ini, tolonglah cuba! Anda masih boleh mengamalkan aktiviti berkumpulan sepert senaman aerobik, menyanyi, memasak dan sebagainya melalui panggilan video berkumpulan.

​

Tidak kira berapanya usia anda, kami semua harus bertanggungjawab demi masa hadapan negara kami dan rakyat-rakyat senegara. Negara kami memerlukan kami menjaga kesihatan diri dan menolong orang ramai secara memastikan bahawa kami tidak terjangkit. Kami harap semoga semua warga emas Malaysia akan terus sihat dan selamat.

​

  • Tan Maw Pin, Setiausaha Kehormat, Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia, Facebook: @MalaysianSocietyOfGeriatrikMedicine

  • Prof Tengku Aizan Hamid, Presiden, Persatuan Gerontologi Malaysia

  • Wong Teck Wee, President, Persatuan Penuaan Sihat Malaysia

  • Datuk Soon Ting Kueh, Presiden, Majlis Persatuan-persatuan Warga Emas Negara Malaysia

  • Dato' Rohaini Mohd Yusof, Presiden, Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia

  • Pang Yong Kek, Presiden, Persatuan Thorasik Malaysia.

  • Helmy Mydin, Asthma Malaysia

  • Dato' Dr Musa Mohd Nordin, Persatuan Pediatrik Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Forum Pakar-pakar Orang Islam

  • Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kimoterapi Malaysia

  • Kumpulan Bekerja Influenza Malaysia

  • Persatuan Media Era Ketiga

bottom of page